Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Muslimat manfaat teknologi telefon pintar hasil fotografi

534
SHARE
KEPALA BATAS: Jabatan IT Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan bengkel kemahiran fotografi menggunakan telefon pintar di Markas Tarbiyah Pongsu Seribu, di sini kelmarin dahulu.
Bengkel ini bertujuan memperkasakan kemahiran fotografi para petugas Jabatan IT dengan memanfaatkan telefon pintar dimiliki sebagai sebahagian usaha menyampaikan maklumat.
Program ini telah menekankan secara khusus teknik penggunaan telefon pintar yang kini merupakan alat komunikasi serba lengkap dimiliki setiap orang di mana boleh penghasilan fotografi berimpak tinggi.
Penerangan secara teori bersama bimbingan amali telah diberikan oleh tiga tenaga pengajar jemputan dari Kelab Fotografi Alternatif Pulau Pinang (APC) yang juga merupakan entiti Jabatan IT.
Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus dalam ucapan penutupnya menyeru anggota Muslimat mengambil peluang menguasai teknologi supaya keizzahan Islam akan lebih terpacar.
Ketika sama beliau mengingatkan agar para Muslimat supaya membetulkan niat agar ilmu yang dipelajari ini akan kembali kepada Allah serta memberi manfaat kepada Islam dan umat.