Home Berita PAS Johor

Laporan Polis Terhadap Wendy Loong

890
SHARE

Laporan Polis Terhadap Wendy Loong

KLUANG – PAS kawasan Kluang telah membuat laporan polis pada pagi tadi terhadap kebiadapan seorang pengguna FB yang menggunakan nama Wendy Loong yang telah menghina Nabi Muhamad S.A.W di dalam Fb nya.

Perbuatan itu telah mengguris hati dan perasaan seluruh umat Islam kerana sewenang-wenangnya menghina Nabi Muhammad, sedangkan Islam tidak pernah mempertikaikan agama lain.

Jika ia tidak dihendung maka sudah tentu boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang agama serta kaum di negara ini.

Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil ketika ditemui berkata isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad ini bukannya perkara baharu tetapi sesuatu yang sering diulang-ulang seolah-olah seperti ada satu perancangan yang diatur untuk mencabar kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

“Kebiadaban ini semakin terasa apabila semakin kerap ‘posting’ penghinaan terhadap Islam, Rasulullah malah terhadap institusi Raja di kesan dalam media sosial”

“Jika ia tidak dibendung, saya bimbang umat Islam di Malaysia akan bertindak sendiri terhadap si pelaku seperti di dalam isu ini” katanya.

Laporan polis telah dibuat di IPD Kluang oleh Mohd Nor bin Mohamad (Timbalan Yang di Pertua PAS Kluang) dan diiringi oleh pimpinan PAS dan UMNO Kluang, di antaranya En. Norain bin Sakib (Ketua Penerangan PAS Kluang), En. Zainal abidin bin Ariffin  (AJK UMNO Bahagian Kluang), En. Mohd Baharin bin Shahabuddin (AJK UMNO bahagian Kluang), pimpinan Pemuda dan Muslimat PAS kawasan Kluang.

Difahamkan, sebanyak 483 laporan polis telah dibuat terhadap Wendy Long di seluruh negara namun sehingga kini masih belum terdapat tangkapan yang telah dibuat.

Disediakan oleh ;

Lajnah Penerangan dan Media Baru
PAS kawasan Kluang
24 Zulkaedah 1440 / 27 Julai 2019