HINA NABI:LUCUT KERAKYATAN ,GESA TINDAKAN LEBIH TEGAS SEBAGAI PENGAJARAN.
SEKIJANG :Dewan Muslimat PAS Negeri Johor mendesak agar tindakan facebooker bernama Wendy Loong yang secara biadap menghina Nabi Muhammad S.A.W tidak perlu dimaafkan dan mendesak kerajaan agar mengenakan hukuman lebih tegas kepada pelakunya sebagai pengajaran agar kejadian tidak berulang lagi”,kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Normala Sudirman.
“Kami mendesak supaya taraf kerakyatan sebagai warganegara Malaysia dilucutkan dan diarahkan keluar dari negara ini jika ada sikap tidak mahu menghormati agama rasmi persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan negara”tegasnya lagi.
“Kerajaan juga digesa agar menguatkuasakan undang-undang kepada pesalah yang menghina Agama Islam supaya jadi iktibar dan pengajaran kepada rakyat Malaysia dan generasi muda pelapis masa depan kepimpinan negara”katanya lagi.
Normala juga menzahirkan rasa kesal dan kesangsian terhadap sikap membisu segelintir pimpinan PH yang mendiamkan diri di saat maruah Islam diperlekehkan dan Nabi Muhammad dihina .
Di manakan sensitiviti kita selaku ummat Islam sehingga tidak ada rasa cinta dan sayang kepada Nabi dan Agama Islam sendiri?”,katanya dengan nada kesal.
“Sikap biadap seperti ini tidak boleh dimaafkan dan pesalahnya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.Ini adalah kerana jika sikap ini dibiarkan dan tiada tindakan tegas diambil,maka suatu hari nanti keharmonian negara akan terjejas dan ketegangan kaum akan berlaku”,tegasnya.
“Prinsip Rukunegara adalah panduan hidup dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia supaya keamanan terpelihara.Nilai murni saling menghormati dan menjaga sensitiviti agama pelbagai kaum di Malaysia tidak harus dikesampingkan dan perlu disuburkan tanpa ada sikap sangsi dan prejudis setelah lebih 60 tahun kita telah merdeka”katanya lagi.
“Cukuplah detik hitam 13 Mei 1969 menjadi sejarah pahit dalam negara kita suatu ketika dahulu.
Bertindak sebelum terlambat.
Jangan sampai nasi menjadi bubur”tegasnya lagi.