TAHNIAH GURU PASTI JERLUN YANG AKAN BERKONVOKESYEN DPAK. DARIPADA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERLUN
1. Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun merakamkan sekalung tahniah kepada 6 orang guru PASTI Kawasan Jerlun yang akan berkonvokesyen Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) 2019 bertempat di Hotel D’Palma Shah Alam pada hari Jumaat 26 Julai 2019.
2. Enam orang guru tersebut adalah Pn Norehan Zakaria, Pn Rohida Hassan, Pn Fadzilah Salleh, Pn Nor Asyikin Che Mat, Pn Jassalina Md Isa dan Pn Rukiah Arifin, mereka telah memulakan pengajian ini pada tahun 2018 dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini.
3. Mereka merupakan tokoh guru yang sangat istiqomah dalam mendidik anak-anak PASTI sehingga melahirkan ramai pimpinan pemuda dan Ameerah dalam gerakan islam, Semoga mereka dapat terus menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang, menjadi pembakar semangat kepada guru-guru PASTI yang lain.
4. Kesempatan ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun juga sangat gembira dan tidak sabar melihat mereka memakai jubah konvokesyen sebagai penghargaan kepada kesungguhan mereka sehingga ke tahap ini.
5. Semoga kecemerlangan ini diteruskan bagi memastikan PASTI terus menjadi pilihan masyarakat di seluruh Malaysia khususnya di Kawasan Jerlun.
Sekalung Tahniah,?
ABDUL HADI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun
& Seluruh ahlijawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun