Islam tidak pernah menyisihkan golongan OKU bahkan di dalam Al-Quran terkandung banyak ayat yang menyebut tentang pentingnya keprihatinan yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang kurang upaya (OKU). Firman Allah SWT:
لَّيۡسَ عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٞ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٞ وَلَا عَلَى ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٞۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبۡهُ عَذَابًا أَلِيمٗا ١٧
Maksudnya: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Fath: 17)
Bahkan, Islam juga mengajar kita agar tolong menolong ke arah kebaikan termasuklah membantu dan menyantuni golongan OKU ini juga termasuk di dalam kebaikan yang perlu diberi keutamaan. Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Al-Maaidah: 2)
Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia mengambil inisiatif ini, sebagai usaha untuk menyebarkan kasih-sayang dan bersama menyantuni golongan OKU di sekeliling kita.
#KamiPrihatin
#IslamMemimpinPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera