Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Perumahan Generasi Baru FELDA : Anak FELDA Negeri Sembilan “dianaktirikan” Umno

2738
SHARE

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

PGBF : Anak Felda Negeri Sembilan “dianaktirikan” Umno

Tarikh : 4 Februari 2018

1 – Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang disasarkan siap 20000 unit menjelang tahun 2018/2019 dilihat hanya indah khabar dari rupa.

2 – Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda minggu lalu bahawa hanya 26 unit sahaja diduduki sehingga kini amat mendukacitakan.

3 – Walaupun bagi kami PGBF adalah perancangan yang baik tetapi perlaksanaan yang penuh dengan bermacam masaalah sehinggakan hanya 26 unit sahaja sehingga Disember 2017.

4 – Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai perancangan penyelesaian masalah rumah anak generasi kedua Felda sangat dinantikan oleh seluruh anak peneroka Felda termasuk di Negeri Sembilan ini.

5 – Di Negeri Sembilan terdapat banyak gugusan Felda antaranya Felda Palong, Bukit Rokan, Sungai Kelamah, Pasir Besar, Kepis dan lain lain yang mana puluhan ribu peneroka dan anak generasi kedua serta ketiga berada di sini.

6 – Anak muda Felda di sini juga amat mendambakan untuk memiliki sebuah rumah dalam projek yang dimulakan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu dimana sasaran membina 20,000 unit rumah PGBF dalam tempoh lima tahun bermula 2013 dengan sasaran 4,000 unit kediaman disiapkan setiap tahun.

7- Namun dengan pendedahan terbaharu itu kita dapat melihat ternyata gagal dan peratusan siap dan serah sangat kecil di bawah satu peratus.

8 – PGBF sepatutnya siap sepenuhnya 2018 namun, timbul beberapa masalah antaranya isu pengambilan tanah, kemudahan utiliti, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemilihan kontraktor yang bermasalah dan tidak mampu.

9 – Sehingga akhir 2016, hanya beberapa projek berjalan. 8,470 unit sahaja yang berjaya melalui proses tender dan kerja awal tanah dilakukan.

10 – Apakah nasib projek PGBF yang bernilai RM1.4 bilion ini akan berjaya disiapkan dalam tempoh tidak sampai setahun ini?

Walaupun sebelum ini Pengerusi Felda yang dipecat, Tan Sri Isa Samad yang berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Parlimen Jempol memberi jaminan 11,530 unit akan siap sepenuhnya 2018 dilihat mustahil untuk dijayakan. Ini kerana Fasa pertama 8,470 hanya tinggal angka.

Tidak ada angka tepat projek ini yang telah siap, hanya setakat ini, 26 unit sahaja direkodkan sudah diduduki iaitu di Felda Padang Piol, Pahang sahaja.

11 – Jika Fasa pertama Felda gagal menyiapkan sejumlah separuh dari 20,000 unit yang sepatutnya boleh diduduki 2014, agak tidak munasabah mereka berjanji dalam masa berbaki setahun lagi Fasa kedua ini boleh dilaksanakan dengan jayanya.

12 – Menurut pendedahan Naraza, di Pahang sahaja ada tujuh PGBF yang disenaraikan sakit iaitu Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg Awah dan Felda Chini 3.

13- Banyak lagi PGBF di beberapa negeri di Semenanjung yang masih peringkat kerja awal dan menghadapi masalah dan melepasi tarikh sepatutnya siap.

14 – Apakah kesudahan PGBF ini di seluruh negara? Projek yang sangat dinantikan oleh generasi kedua Felda ini termasuk anak Felda di Negeri Sembilan.

15- Apakah kami anak Felda di Negeri Sembilan ini umpama anak tiri kepada Umno BN dan tiada nilai dalam melihat keperluan kami?

16 – Anak anak generasi Felda di Negeri Sembilan kena ingat apakah balasan undi warga Felda yang lepas sehinggakan memberi kemenangan 48 kerusi daripada 54 kerusi Parlimen kepada Umno-BN selama ini?

17 – Sudah tentu anak generasi kedua Felda ada jawapanya…Ubahlah sokongan anda kepada PAS, Umno tidak boleh diharapkan lagi..

KHAIRUL YAZMAN YAHAYA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN