Taman Desa Sena, 21 Mei 2017 – PAS Cawangan Taman Desa Sena mencipta sejarah apabila berjaya menubuhkan Kelab ARC Taman Desa Sena, Tasek Gelugor sebagai medan aktiviti anak muda. Kelab tersebut telah selamat dilancarkan di Dewan Ar Raudah, Taman Desa Sena oleh Timbalan Pengarah 1 ARC Pulau Pinang, Saudara Ozlan Abu Bakar.
Tujuan Kelab ARC ini ditubuhkan adalah sebagai medium aktiviti anak muda yang berfaedah berlandaskan syariat selain merapatkan ukhuwwah dikalangan anak muda tanpa mengira latar belakang fahaman politik.
Pelancaran tersebut diserikan lagi dengan Slot Taujihat yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Ir Wan Ahmad Rafaei bin Dato Ir. Ahmad Rashid. Selain melancarkan Kelab ARC Taman Desa Sena, majlis ini juga mengadakan santai BBQ bagi meraikan ahli-ahli ARC yang baru. Majlis ini dilengkapkan dengan gimik pelancaran Kelab ARC dengan pengerahan borang keahlian ARC sebanyak 60 borang yang diketuai oleh Saudara Hazmiranish bin Amir Hamdzah kepada Timbalan Pengarah 1 ARC Pulau Pinang.
{jathumbnail off}