Home Berita PAS Pulau Pinang

SRITI Darul Hadis Sasar Kumpul Rm1.6 Juta Dana Wakaf Pembangunan

1877
SHARE

Tasek Gelugor,  – Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Hadis, Tasek Gelugor menyasarkan kutipan dana wakaf sekurang-kurangnya RM 1.6 juta dikumpulkan tahun ini sebagai sumber institusi itu untuk projek pembangunan sekolah. Bagi peringkat permulaan, SRITI Darul Hadis telah memulakan kerja-kerja pembinaan tapak asas sebuah blok bangunan 3 tingkat yang akan menempatkan sebanyak 15 kelas. Bagi persediaan kemasukan pelajar-pelajar baru pada tahun 2018, pihak SRITI Darul Hadis telah mengambil inisiatif untuk mendirikan dahulu sebuah blok bangunan 4 kelas yang akan menelan belanja hampir RM100 ribu. Pembinaan blok ini dijangka akan siap sepenuhnya sebelum menjelang kemasukan pelajar baru  tahun 2018.

 

Baru-baru ini, SRITI Darul Hadis telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Buku Dana Wakaf SRITI Darul Hadis bertempat di SRITI Darul Hadis, Padang Menora. Hampir 30 orang yang terdiri dari kalangan pemuda Tasek Gelugor dan waris pelajar telah dilantik sebagai Ejen Kutipan Dana secara sukarela pada majlis itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan SRITI Darul Hadis, Alfadhil Ustaz Asril Hafiz berkata,  sasaran kutipan itu yang bermula pada awal tahun ini mampu dicapai sekiranya seluruh ahli PAS Kawasan Tasek Gelugor dapat memberi sokongan samada dari segi kewangan atau tenaga.

Menurutnya lagi, pada permulaannya usaha ini perlu dimulakan oleh exco pemuda PAS kawasan dan waris pelajar sebagai ejen kutipan dana. Bagi mencapai sasaran, peluang ini juga dibuka kepada individu-individu yang ingin membantu menambahkan dana ini.

Untuk pertanyaan lanjut atau yang berkeinginan untuk mejadi salah seorang penggerak Dana Wakaf Pembangunan, boleh hubungi pihak sekolah di talian 04-573 1809 atau Mudir SRITI Darul Hadis di talian 017-905 4575.

{jathumbnail off}