Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Misi Kebajikan Dewan Muslimat PAS Selami Penderitaan Rakyat

902
SHARE

RAUB – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) meneruskan misi kebajikan Semarak Kasih Ramadan dengan menziarah 10 buah keluarga MOSWAY sekitar Kawasan Raub, Pahang semalam, 29 Mei.

Ziarah tersebut merupakan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK), Dewan Muslimat PAS Malaysia. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

 

Antara pimpinan DMPM yang turut serta ialah Naib Ketua DMPM, Puan Salamiah Mohd Noor, Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Pengarah Jabatan Penyelidikan, Pembangunan dan Arkib DMPM, Saudari Adieyla Muhammad.

Selain itu Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Raub, Puan Aminah beserta Timbalan dan Naib Ketua DMPK Raub, Puan Nik Fatinah dan Puan Habidah turut bersama program tersebut.

Menurut Ketua DMPM, Ustazah Nuridah, program tersebut merupakan satu usaha dalam menyelami nasib rakyat yang masih memerlukan bantuan.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan adalah sebagai salah satu platform untuk DMPM mengetengahkan misi kebajikan bersama rakyat.

“Kami berharap agar nasib mereka yang memerlukan bantuan mendapat perhatian wakil rakyat. Marilah sama-sama kita ringankan beban mereka semua,’ ulas beliau lanjut.

 

Antara sumbangan yang diberikan adalah seperti barang keperluan makanan seperti beras, minyak masak, gula, susu dan lain-lain.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang boleh hulurkan ke tabung Dewan Muslimat PAS Pusat 5640 2540 0711 (Maybank).