Home Berita PAS Johor

Program Singgah Sahur JAM Kawasan Pulai

654
SHARE

Program Singgah Sahur JAM Kawasan Pulai

Pulai : Jabatan Amal Malaysia (JAM) DPPK Pulai telah mengadakan program Singgah Sahur disekitar Johor Bahru pada 26 Mei 2019 yang bertujuan mendekati masyarakat setempat.

Pada program tersebut, petugas JAM Kawasan Pulai telah mengunjungi dan menyampaikan bekalan sahur kepada kakitangan dan pelawat di tiga buah tempat iaitu Hospital Permai, Balai Polis Kempas dan Hospital Sultanah Aminah(HSA).

Seramai 15 orang petugas JAM yang turut serta memberikan bekalan sahur kepada masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan aktiviti qiamullail anggota JAM sebelum memulakan edaran sahur.

Turut Hadir sama pada program itu adalah Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Ustaz Nazrin Ihsan.

Program ini disambut baik oleh kakitangan kerajaan dan masyarakat di tiga buah tempat tersebut.

Tambahan pula, program sebegini amat elok untuk dijalankan bagi mengajak anak muda bersama PAS melalui aktiviti sukarelawan amal.