Seruan ke Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyokong penuh usaha Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menganjurkan himpunan berskala besar pada Sabtu ini, 4 Mei 2019 di SOGO bermula jam 2.00 petang.
Antara isu yang dibangkitkan ialah; ancaman terhadap kedaulatan Islam, Rom Statut, keadilan untuk arwah Adib, UEC & PPSMI, ICERD dan isu lain yang berkaitan.
Justeru saya mewakili seluruh ahli jawatankuasa DMPM mengajak dan menyeru seluruh rakyat Malaysia, lelaki dan wanita tanpa mengira latar belakang politik untuk turut sama hadir menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam dengan berpakaian warna putih sebagai tanda keprihatinan kita untuk menjaga kedaulatan Islam dan negara.
YB Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Mei 2019 bersamaan 27 Syaaban 1440