KAUM IBU MEMERIAHKAN KARNIVAL UMMAH JOHOR SEJAHTERA
Oleh: Nik Nor Nadhirah
Pasir Gudang, 6 April 2019 : Karnival Ummah Johor Sejahtera bertempat di Pasti Al Kauthar 2, Taman Air Biru meriah dengan kehadiran masyarakat sekitar.
Pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik mengikut katergori umur. Antaranya tarikan pada awal karnival program bermula adalah aktiviti untuk kaum ibu iaitu pertandingan ‘Memasak Asam Pedas’, ‘Gubahan Tuala’ dan ‘Musang Berjanggut’.
Peserta terdiri daripada kaum ibu yang menyertai aktiviti ini adalah hadir dari masyarakat setempat. Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara peserta serta berkongsi kemahiran masing-masing disampingkan mempamerkan kreativiti antara peserta.
Sementara itu, turut berlangsung aktiviti-aktiviti lain pada masa yang sama di perkarangan tapak karnival seperti memanah, daftar pemilih oleh SPR, gerai jualan dan jualan amal.
Pada sebelah malam pula turut diadakan Ceramah Perpaduan PAS-UMNO bagi membincangkan isu semasa ummah dan membuka ruang dan peluang kepada para pengunjung untuk mendapat sumber isu semasa daripada pimpinan.