PENDEDAHAN JENAYAH SIBER di IT SPEED TRAINING 2.0
16 Feb – Peserta IT Speed Training 2.0 anjuran Jabatan Informasi & Teknologi Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) didedahkan dengan kategori ancaman jenayah teknologi terutamanya dalam media siber. Peserta diberi pendedahan berkenaan modus operandi kumpulan penjenayah tersebut seperti hackers, insiders, script kiddies, spies, cybercriminals dan cyberterrorist.
Beberapa langkah modus operandi kumpulan terbabit turut diperkenalkan supaya team it dan sukarelawan DMPM mempunyai kesedaran dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menguruskan media sosial dan bekerja bersama dalam bidang media siber.
Seramai 46 orang peserta termasuk sukarelawan dan 3 orang muslimin juga berpeluang mempelajari teknik penggunaan Fb Live Apps, Skype Conference dan Google Hangouts sebagai alat komunikasi semasa untuk digunakan semasa sesi wawancara atau sebarang mesyuarat.
Program berakhir dengan majis HiTea dan BBQ bersama team IT dan sukarelawan IT DMPM yang berakhir kira-kira jam 6.00 petang.