Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tragedi Anak Tertusuk Pisau : DMPM Rakam Ucapan Takziah

1426
SHARE

Salam Takziah Buat Keluarga Anak Syurga “Nur Qaisara Medina”

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللّهم اغفِر لها وارحَمها وعافِها واعفُ عنها وأكرِم نُزُلَها ووسِّع مُدخَلها واغسِلها بالماء والثَّلج والبَرَد ونقِّها من الخطايا كما يُنقّى الثَّوبَ الأبيضَ من الدَّنَس

Berita kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun kerana tertusuk pisau sepanjang 15 sentimeter sangat memilukan dan meruntun hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Ustazah mewakili seluruh Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah buat keluarga terutama ibu bapa anak syurga ini, Nur Qaisara Medina atas berita ini.

Sesungguhnya kami turut merasai kesedihan yang dialami, tak siapa sangka perkara sebegini begitu pantas sekali terjadi. Semoga keduanya tabah menghadapi ujian ini.

Sudah pasti ada hikmah tersirat yang Allah S.W.T ingin sampaikan buat kedua ibu bapanya. Berita kematian ini membuka mata dan mendapat perhatian pihak berautoriti untuk membantu keluarga ini yang tinggal dalam keadaan daif.

Di kesempatan ini, Ustazah mengajak semua terutama ibu bapa dan penjaga agar memastikan aspek-aspek keselamatan di rumah dititikberatkan khusus buat mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Kerana sesungguhnya bahaya dan malapetaka datang tanpa kita duga, tetapi kita boleh berusaha untuk mengelakkannya.

Dari Allah S.W.T kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Februari 2019 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1440