Oleh : Muhammad Salman Darwis
10 Februari 2019
Hari Keluarga PAS Kawasan Libaran yang dibuat setiap tahun telah berjaya dilaksanakan lagi pada hari ini.
Dengan matlamat menguatkan lagi silaturahim sesama ahli, program ini diadakan di Sepilok Breakfast & Bed, Batu 14 dan dihadiri lebih kurang 70 orang.
Program yang dimulakan dengan sukaneka dewasa dan kanak-kanak telah mewarnai hari keluarga ini.
Setelah itu, program ini diteruskan lagi dengan pengisian rohani yang disampaikan oleh Ketua Urusan Ulama PAS Libaran, Ustaz Bunyamin Bakri yang menyentuh aspek ukhwah dan silaturahim.
Dalam majlis penutupan pula, wakil Dewan Muslimat dan wakil Dewan Pemuda masing-masing memberi ucapan dan diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Libaran, Abdul Waheed Mohamad.
“Program yang baik seperti ini perlu diadakan lebih kerap lagi dalam membentuk dan menguatkan lagi hubungan antara ahli dan juga menjadi ruang untuk berkenalan antara satu sama lain.” Pesanan Abdul Waheed dalam majlis penutupan.
Tambahnya lagi, ahli PAS perlu bersatu padu dalam bergerak kerja bagi memberi kefahaman kepada masyarakat agar mereka faham sebaiknya maklumat yang disampaikan oleh PAS.
Program yang berakhir dengan jamuan yang disediakan oleh ahli sendiri mendapat respon yang positif dari semuanya.