Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS CAWANGAN JALAN SEMPADAN SELESAI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

118 views
SHARE

Oleh NURAH MAISARAH

10 Feb : Hari ini, Nibong Tebal: PAS Cawangan Jalan Sempadan hari ni telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agung kali ke-20.

Mesyuarat agung telah dijalankan di PASTI Rabbani Permatang Tok Mahad ini dihadiri oleh ahli PAS sekitar Permatang Tok Mahad.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Nibong Tebal, Norzamri Latiff turut hadir selaku perasmi mesyuarat agung.

Beliau menyampaikan menekankan kepentingan usrah cawangan dalam membina kekuatan ahli cawangan.

Selain itu juga penekanan terhadap program berkala bagi memastikan PAS cawangan terus hidup di kalangan ahli mahupun masyarakat.

Beliau mengakhiri ucapan dengan mengingatkan ahli PAS untuk memakmurkan masjid-masjid dan surau- surau supaya institusi agama kekal subur.

Pemilihan kepimpinan baru PAS Cawangan Jalan Sempadan berjalan dengan baik.

Amran Haji Ramli dipilih sebagai Ketua Cawangan yang baru bagi menerajui PAS Cawangan Jalan Sempadan bagi sidang 2019/2021.