Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Keputusan PRK Cameron Highlands Bukti PH Ditolak Berterusan, Besar-Besaran

1049
SHARE

Kenyataan Media

27 Januari 2019 | 21 Jamadilawal 1440H

KEPUTUSAN PRK CAMERON HIGLANDS BUKTI PH DITOLAK BERTERUSAN, BESAR-BESARAN

1. Tahniah kepada Tuan Ramli Mohd Noor dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam PRK P78 Cameron Highlands semalam.

2. Kemenangan dengan majoriti 3,238 undi iaitu peningkatan sebanyak 442.4% berbanding hanya 597 undi pada PRU14 lalu menunjukkan kerjasama antara parti-parti pembangkang atas agenda kesatuan Melayu dan Islam adalah kekuatan sebenar bagi menyaingi Pakatan Harapan (PH) yang didominasi dan diperalatkan oleh golongan berfahaman liberalisme dan pluralisme.

3. Saya percaya, kekuatan ini berpotensi untuk terus mengalahkan PH dalam siri PRK berikutnya dan PRU15 akan datang.

4. Kekalahan PH dalam PRK P78 ini menunjukan PH secara berterusan dan besar-besaran sedang ditolak oleh rakyat. Rakyat sudah mula sedar dan menyesal dengan PH yang mungkir janji dan selalu menyalahkan pihak lain atas kegagalan menunaikan manifesto sehingga banyak masalah rakyat tidak diselesaikan.

5. Ekonomi negara semakin teruk dapat dilihat menerusi kejatuhan nilai Ringgit; pelaburan yang tidak rancak; pembatalan dan penangguhan projek-projek pembangunan yang penting untuk rakyat serta kadar penggangguran yang bertambah besar.

6. Pada masa sama, pemimpin PH terus bersikap sombong dan mendabik dada dengan kuasa yang ada ketika berkempen dan mengambil ringan melakukan kesalahan pilihan raya membuatkan rakyat semakin bertambah benci.

7. Sikap pemimpin PH seperti Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang yang mengamalkan politik ugut pula menunjukkan PH masih belum sedar tanggungjawab sebagai kerajaan sekalipun sudah hampir setahun menjadi kerajaan. Amat tidak wajar sekali *pemimpin parti kerajaan menjadikan hak dan kebajikan rakyat sebagai taruhan demi memenangi pilihan raya*.

8. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada para pengundi kerana telah membuat pilihan yang bijak dengan mengundi calon Melayu dan beragama Islam.

9. Hanya menerusi amalan politik dan tadbir urus beraspirasikan Islam sahaja keadilan untuk semua kaum dan agama dapat ditegakkan dan kedaulatan negara dipertahankan selari dengan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

Sekian.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

FB :

Kenyataan Media27 Januari 2019 | 21 Jamadilawal 1440HKEPUTUSAN PRK CAMERON HIGLANDS BUKTI PH DITOLAK BERTERUSAN,…

Posted by Ust Dr. Khairuddin at-Takiri on Saturday, January 26, 2019