Home Artikel PAS Johor

Ameerah Care Mulakan Tahun Baru Menyantuni Ibu

154 views
SHARE

Ameerah Care Mulakan Tahun Baru Menyantuni Ibu

Oleh: Ana Syahirah

Iskandar Puteri, 26 Januari : Ameerah Iskandar Puteri yang diketuai oleh Nik Nor Nadhirah, telah memulakan tahun baru 2019, dengan aktiviti Ameerah Care dalam menyantuni golongan asnaf di persekitaran perumahan Iskandar Puteri.

Ameerah Care merupakan aktiviti berkala di bawah Ameerah baik di peringkat kawasan, negeri mahupun Pusat sebagai dalam menyantuni dan turun bersama hidup bermasyarakat, melihat realiti hidup bermasyarakat terutamanya keadaan ibu tunggal, masalah sosial di kalangan remaja melalui medium anak muda untuk menyalurkan sumbangan.

Pengalaman turun ke lapangan mendengar dan merasai keperitan hidup 2 orang ibu tunggal yang kematian suami dan menyara 5-6 orang anak masih belajar memberi makna kepada ahli Ameerah yang terlibat.

Perasaan sebak diselangi rasa kagum terhadap kesusahan hidup dan ketabahan mereka dalam menjalani hidup menyelubungi setiap ahli Ameerah.

“Antara etika sewaktu menyantuni mereka. Kawal emosi meskipun ahli Ameerah berasa sebak agar tidak menambahkan lagi kesedihan mereka. Apabila penerima meluahkan kita harus bertindak profesional menyelami jiwa mereka namun pada masa sama memberikan mereka kekuatan untuk tabah mengharungi hidup.”

Berikut pesanan penting dan ikhlas daripada ketua Ameerah buat ahli Ameerah sewaktu melakukan kerja lapangan menyantuni mereka yang kesusahan.

Jutaan terima kasih daripada Ameerah Iskandar Puteri kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) yang membantu disebalik tabir dalam menjayakan Ameerah Care dari sudut maklumat penerima dan sumbangan kepada penerima. Akhir kalam, Ameerah Iskandar Puteri berharap dan bersedia dalam menjayakan program seterusnya demi menyahut seruan Dewan Muslimat PAS untuk menyantuni masyarakat setempat dan akan terus berkhidmat untuk masyarakat