Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Turunkan Papan Tanda Tulisan Cina

1955
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
20 November 2018 | 12 Rabi’ul Awal 1440

Sokongan kepada Sultan Selangor : Turunkan Papan Tanda Tulisan Cina

Muslimat PAS merafak sembah menyokong titah DYMM Sultan Selangor agar setiap papan tanda jalan di tulis dalam Bahasa Kebangsaan, sebagaimana termaktub dalam peruntukan Perlembagaan.

Hal ini selari dengan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengutamakan penggunaan Bahasa Kebangsaan pada papan tanda jalan.

Peraturan ini akan membawa kepada semangat dan jati diri bagi memupuk perpaduan nasional.

Biarpun Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum, namun peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sama sekali tidak boleh dipermainkan.

Muslimat PAS konsisten menyokong segala perkara yang melibatkan perihal Islam dan Melayu demi memelihara keluhuran perlembagaan.

Ustazah Nuridah Mohd. Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia