Home Artikel PAS Pulau Pinang

Perutusan Maulidur Rasul dari Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang

60 views
SHARE

Assalamu’alaikum wbt

Sabda Rasulullah SAW:

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Maksudnya: “Semua umatku akan masuk Syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya; wahai Rasulullah siapakah gerangan yang enggan itu? Jawab Baginda; Sesiapa yang mentaatiku masuk Syurga dan sesiapa yang langgar seruanku, maka dialah yang enggan”. [Riwayat Imam al-Bukhari]
.
Rasulullah SAW merupakan qudwah hasanah kepada seluruh umatnya. Selain baginda seorang ahli ibadat yang tekun, suami yang bertanggungjawab, peniaga yang berjaya, baginda juga adalah seorang pemimpin tertinggi negara.
.
Rasulullah SAW telah berjaya memimpin sebuah negara Islam pertama dan digeruni serta dihormati pada ketika itu. Kebajikan rakyat dan keamanan negara semakin terjamin dengan gagasan kesejahteraan berlandaskan Syariat yang dibawa oleh baginda.
.
Marilah kita muslimat sama-sama berusaha meneladani kepimpinan baginda SAW dalam semua sektor pentadbiran apabila diberi kejayaan mentadbir kerajaan negeri mahupun persekutuan suatu hari nanti. Kehidupan harmoni antara masyarakat berbilang kaum juga akan diterapkan sebaik mungkin.
.
Saya mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang mengucapkan selamat menyambut Maulid Al-Rasul 1440H, tegakkan sunnah baginda dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat. Semoga kita semua dikurniakan syafaatnya di akhirat kelak dan ditempatkan bersama para Nabi, Shiddiqin dan Solehin.

“Menyantuni Umat Membawa Rahmat”

Ustazah Hasanah Idrus
Ketua DMPNPP

#SalamMaulidurRasul
#MuslimatPASPulauPinang
#IslamMemimpin
#MuslimatIstiqomahMemacuKemenangan
#PASforAll