PROGRAM DERMA DARAH
Alhamdulillah, program Derma Darah dan Penyampaian Sumbangan DUN Sikamat hari ini (21 Januari 2018) berjalan dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa; dan seluruh AJK PAS Kawasan Seremban serta PAS DUN Sikamat.
Kami juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Saudara Khairul Yazman Yahaya; Ketua Muslimat PAS Kawasan Seremban, Ustazah Rosminah Sarmani; Komanden Jabatan Amal Seremban, Saudara Muhamad Syazwan Ab Gani bersama Anggota Amal yang lain yang hadir bersama memeriahkan program kita.
Penghargaan khusus juga diberikan buat Hospital Tampin yang sudi menerima jemputan kami terutamanya Dr Murugu dan kumpulan dari Unit Derma Darah Hospital Tampin bagi melancarkan program derma darah.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penyumbang kepada kejayaan majlis ini. Semoga sumbangan ini menjadi amal soleh kita.
Terima kasih.
“Negeri Sembilan Sejahtera & Berkebajikan”
TUAN HAJI RAHIM YUSUF,
Pengarah PAS DUN Sikamat.