Home Berita PAS Johor

PAS Johor gesa Bahasa Melayu diutamakan dalam urusan rasmi kerajaan

1242
SHARE

KENYATAAN MEDIA

PAS JOHOR GESA BAHASA MELAYU DIUTAMAKAN DALAM URUSAN RASMI KERAJAAN.


Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor menggesa agar semua pimpinan dan menteri mengutamakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu bagi sebarang urusan rasmi kerajaan terutama ketika mengadakan sidang media .

Ini bermakna bukan bahasa lain seperti Mandarin, Bahasa Inggeris dan bahasa lain tidak penting, tetapi penggunaan Bahasa Melayu adalah lambang kedaulatan dan pengiktirafan terhadap bahasa rasmi negara.

Tindakan Menteri Kewangan ,Lim Guan Eng yang menggunakan Bahasa Mandarin walaupun sebagai terjemahan ketika membuat kenyataan media adalah sangat dikesali dan dibimbangi akan menimbulkan persepsi negatif seolah-olah Menteri Kanan Persekutuan dan pimpinan Pakatan Harapan membelakangkan Bahasa Melayu yang diperakui sebagai bahasa rasmi negara sebagaimana termaktub dalam Akta 152,Perlembagaan Malaysia”kata PengerusinLajnah Pendidikan Badan Perhubungan Negeri Johor,Normala Sudirman.

“PAS Johor menyuarakan kebimbangan ini kerana melihat , bermulanya kronologi era pimpinan Pakatan Harapan mentadbir, banyak kenyataan media yang dibuat dengan mengutamakan bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris sedangkan sepatutnya sidang media atau urusan rasmi kerajaan haruslah mengutamakan terlebih dahulu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara”tegasnya.

“Semoga insiden seperti ini tidak akan dibiarkan berulang dan kita tidak mahu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dipinggirkan secara halus atau tanpa disedari sedangkan ada segelintir pimpinan utama kerajaan lebih mengagungkan bahasa lain dalam persada politik negara”katanya lagi.