45 hari kerajaan PH dihiasi dengan pelbagai tindakan yang dilihat mengancam asas-asas bernegara melibatkan Islam, Melayu dan Raja-raja. Kenyataan dan tuntutan pelbagai pihak dan golongan seolah tidak mengendahkan asas-asas ini. Rakyat bersedia memberi peluang kepada PH melaksanakan perubahan-perubahan yang memberi kebaikan pada rakyat namun tidak untuk menyentuh asas-asas bernegara yang boleh mengancam keharmonian antara rakyat pelbagai agama dan kaum. PAS bersedia menyokong sebarang perubahan yang baik ke arah keharmonian bernegara tetapi akan terus mengkritik sebarang tindakan yang tidak bertepatan dengan kepentingan Islam dan rakyat.
Dr Khairuddin Takiri