Home Artikel PAS Perak

Kemeriahan Dalam Kesederhanaan | PAS Kawasan Bukit Gantang

102 views
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG, 23 Jun – Keceriaan dan ikatan ukhuwwah jelas terpancar dari raut wajah para pengunjung di Jamuan Hari Raya Idul Fitri di perkarangan Masjid Nurul Hidayah , Sungai Bemban , Trong pada 23 Jun yang lalu.

Majlis ini adalah anjuran PAS Bukit Gantang dengan kerjasama Dewan Pemuda , Dewan Muslimat , Jabatan Amal , Nisa dan ahli cawangan-cawangan yang menyediakan pelbagai jenis juadah istimewa dengan konsep gotong royong dari kesemua PAS Cawangan yang berada dalam Parlimen Bukit Gantang.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat sejak dari awal petang , para pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat tetap hadir ke majlis yang bermula pada pukul 8.00 malam.

Majlis telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak , Tuan Haji Razman Zakaria dan Naib Presiden PAS , Ustaz Idris Ahmad.

Turut sama hadir memeriahkan jamuan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , serta beberapa kepimpinan Pas Kawasan , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Bukit Gantang.

Sebelum majlis berakhir , Ustaz Idris dan Ustaz Faisal menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Majlis jamuan hari raya Idulfitri PAS Bukit Gantang berakhir kira-kira pukul 11.00 malam.