OLEH NURAH MAISARAH
Nibong Tebal, 7 Jun: Muslimat Sg. Acheh mengambil peluang memeriahkan sambutan ‘World Quran Hours’ bertempat di Masjid Sg. Acheh semalam.
Ini merupakn kali ketiga penganjuran sejak ‘World Quran Hours’ diperkenalkan.
Program dimulakan dengan Ustaz Ehsan Mohamad memimpin solat tasbih dan tadabbur Surah Al-Hujurat oleh Ustazah Dina Omar.
Kehadiran 60 orang peserta ini berjaya mengeratkan silatulrahim pasca pilihanraya selain dari melahirkan rasa kasih dan cinta kepada ilmu.
Musalmah Yusop selaku Ketua Muslimat Cawangan Sg. Ayer Hitam berkata program cinta Al-Quran akan terus digiatkan dan tidak tertumpu hanya pada bulan ramadan sahaja.
Beliau menambah lagi, bagi memastikan kelangsungan program ini, akan datang hafazan Surah Al-Mulk akan dilancarkan dan akan teruskan bulan ke bulan sehingga semua peserta dapat menghafalnya dengan lancar.
Majlis ilmu terus subur di Sg. Acheh apabila minggu lalu juga Muslimat Cawangan Sg. Ayer Hitam baru selesai tadarus kali ke-5 yang menarik seramai hampir 70 org hadir.