Home Berita PAS Johor

PAS Seru Rakyat Memerhati Perkembangan Politik Semasa

901
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor – Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Juwahir Amin ketika ditemu ramah semalam menyeru rakyat agar turut sama memerhati perkembangan politik semasa dengan serius.

“ Marilah kita sama-sama gunakan kesempatan ini untuk mengingatkan kerajaan baru ini untuk menuntut janji-janji yang telah ditawarkan supaya dapat diterjemahkan dalam pemerintahan sesi ini

“ Kalau anda (kerajaan) tidak melaksanakan janji tersebut nescaya rakyat pasti akan menghukum kerajaan baru ini ekoran tanggungjawabnya terhadap rakyat yang diabaikan”

Demikian ujarnya ketika menyuarakan perkara utama yang mesti dijaga ialah perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Sebelum itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada PH atas kemenangan pada PRU 14 ini sekaligus membentuk kerajaan.

Beliau kemudiannya berharap agar dengan amanah dan integriti, kerajaan dapat menerajui kepimpinan mengikut garis panduan yang digariskan selari dengan majoriti penduduk Malaysia yang terdiri dari kalangan Melayu Islam.

“ Kami menyokong selagi mana ia memberi untung kepada rakyat dan tidak setuju bagi perkara yang mendatangkan mudarat” ulasnya ketika menyatakan kesediaan PAS untuk menjadi rakan dialog kerajaan dalam memberi idea yang menguntungkan rakyat.