Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Majoriti Mudah PAS Dari “silent voters” Melayu?

1290
SHARE

Majoriti mudah PAS dari “silent voters” Melayu?

Analisis: WAN NORDIN WAN YAACOB

BANYAK kajian keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei ini samada dari pengkaji upahan atau “rekayasa” membentangkan kononnya PAS akan kalah teruk termasuk hilang Kelantan.

Malah kajian-kajian ini yang kononnya wibawa dijaja pula media tempatan untuk menafikan Tsunami Hijau yang sedang melanda negara, samada ia sedang berombak deras memukul badai hingga 9 Mei ini mengimpakkan tsunami, umum faham dan akur bahawa PAS miliki kekuatan tersendiri tatkala tidak lagi bersama PKR atau DAP.

Unjurannya mudah, jika PAS tiada kesan kepada BN atau PH, maka tidaklah mereka (PH-BN) bersungguh-sungguh memburuk-burukkan PAS khasnya batang tubuh Presiden PAS sendiri.

Tidak cukup dengan itu, “penculikan politik” Anakanda Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Omar untuk bersama PH memperlihatkan bertapa terdesaknya PH untuk mendapatkan mileage politik, dan aksi ziarah kubur almarhum juga membayangkan taktik PH yang dikuasai Tun Dr Mahathir Mohammad ketika ini.

BN pula seperti biasa memburuk-burukkan Kelantan kononnya tidak maju dan tidak membangun di bawah PAS malah ditabur lagi janji manis untuk memastikan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang terpedaya dengan janji sang pengamal GST.

Jika tidak masakan Dato Seri Najib Razak turun berulang kali ke Kelantan menabur lagi janji manis?.

Samada BN atau PH sebenarnya sama sama terdesak, dan mereka sebenarnya telah merasai bagaimana “api marak” membara dalam jiwa rakyat.

Dijangka 70 peratus pengundi Melayu hari ini mula membulat tekad untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang sejahtera dan tidak emosi selepas melihat keparahan politik caca marba yang dibawa PH dan BN.

BN gagal menjadi pemerintah yang adil dan berkebajikan, malah menjadikan rakyat mangsa kelemahan tadbir urus mereka dengan hadiah cukai GST.

Sementara PH pula mengangkat seorang diktakor tua biadap yang sekian lama sudah merosakkan negara di zaman pemerintahannya. Tun Mahathir Mohammad tidak anti Umno BN sebaliknya hanya anti Najib dan mahu PRU14 ini hayat politik Najib ditamatkan segera bagi membolehkan laluan mudah buat anaknya mendaki puncak kuasa menyelamatkan skandal puluhan tahun yang dicipta bekas Presiden Umno itu ketika menerajui kerajaan.

Umum tahu bertapa dendamnya Mahathir kepada Tuan Guru Abdul Hadi, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun hari ini salah seorang anak Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz beralih arah menggelar Mahathir sebagai ayahanda. Bukan sedikit calar luka dirobek Mahathir Umno-BN ke atas PAS sejak zaman berzaman.

Najib atau Mahathir tetap sama sahaja, diskriminasi ke atas Kelantan tetap berlaku. Rakyat umumnya muak dengan sandiwara politik jelek Umno-BN dan PH. Caci mencaci, dedah mendedah keburukan dan hina menghina. Inilah yang mahu diubah PAS melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang semakin lekat pengaruhnya dalam kalangan rakyat.

Pandangan dari Prof Hoo Kee Ping pada 21 April lalu menyebut bahawa tsunami Melayu akan berlaku kali ini dan ia akan memberi kelebihan kepada PAS yang dilihat komited membela rakyat melalui pembentangan manifesto yang cukup baik berbanding PH dan BN.

Melalui beberapa sumber otoriti kerajaan juga mengesahkan terdapat perolakan gelomang besar (tsunami) sokongan ke atas PAS khasnya dalam kalangan kakitangan awam yang semakin muak dengan sikap kerjaan yang ada dan bosan dengan politik propaganda yang dijalankan PH.

Ramai dalam kalangan kakitangan awam adalah Melayu dan mereka bisa jadi “silent voters” yang bisa memberi undi kepada PAS tidak kepada PKR yang di dalamnya ada DAP.

Pemerhatian banyak pihak termasuk pengamal media, veteran politik dan kumpulan sosial pula mendapati bahawa terdapat riak sokongan secara senyap oleh penyokong Umno dan mereka (Melayu) yang tidak berparti kepada PAS apatah lagi selepas tuduhan demi tuduhan dilempar kepada PAS yang menyebabkan orang ramai mula menyakini bahawa ia semata-mata fitnah.

Malah ada yang menyebutkan bahawa fitnah keterlaluan dalam kes ambil duit Umno menyebabkan rakyat mula simpati kepada PAS kerana melihat fitnah itu keterlaluan dan tidak logik.

Orang Melayu muak dengan fitnah rekayasa yang diulang-ulang hingga nampak jelas ‘kelentongnya’.

Mungkin Umno BN merasakan Felda adalah kawasan selamat mereka, namun mereka juga tidak boleh menafikan segala kegagalan mereka membela nasib warga Felda khasnya generasi kedua dan ketika kini membungkam rasa amarah dan bisa menjadi tsunami menjatuhkan mereka semula.

Felda miliki majoriti Melayu. Untuk mereka mengundi PKR yang didalamnya ada DAP adalah satu yang mustahil sama sekali. Maka pilihan yang ada untuk menamatkan riwayat BN adalah PAS dan Gagasan Sejahtera.

Ditambah faktor PAS menawarkan dalam manifestonya pemansuhan hutang peminjam PTPTN dan mansuh cukai GST maka, ia memberi kesan positif dalam hati rakyat untuk kali ini memberi mandat pula kepada PAS.

Tidak mustahil 112 kerusi bagi “simple majoriti” dapat diperolehi PAS bagi kerusi Parlimen antaranya di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Melaka, Johor, Selangor dan Perak bagi membenarkan misi menerajui negara ini pada Pilihan Raya Umum ke14. 9 Mei tarikh yang mungkin sekali jadi penamat riwata angkuh BN menerajui negara dan dalam masa yang sama jadi tarik luput hayat politik Mahathir.

Rakyat harus yakin bahawa PAS telah siap siaga bersama Gagasan Rakyat memerintah negara ini.