Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ibu Tunggal yang ‘Superwomen’ Bertanding di Parlimen Bagan Serai P.058

2090
SHARE

Ibu Tunggal yang ‘Superwomen’ Bertanding di Parlimen Bagan Serai P.058

Oleh: izzah_riana

P. 058, Parlimen Bagan Serai. Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga bertanding di kerusi ini dengan mengetengahkan seorang wanita berkarisma. Beliau merupakan Ibu Tunggal kepada 10 orang anak-anaknya. Tidak disangka-sangka seorang ibu ini mampu untuk tampil ke hadapan berdiri sama hebat seperti kaum lelaki bahkan menjadi icon dalam kalangan masyarakat. Benar kata pepatah “Tangan yang menghayun kan buaian mampu menggoncang dunia”.

Dilahirkan di Parit Haji Taib 1, Bagan Serai Perak pada 13 Mac 1960 dan juga merupakan anak jati di tempat bertanding Bagan Serai. Hampir 33 tahun beliau berkecimpung dalam dunia politik bersama PAS. 

Dalam tempoh yang lama itu, beliau pernah diberi taklifan sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK), Naib Ketua DMPK dan Ketua DMPK selama 15 tahun antara yang paling lama. Malahan, beliau pernah menyandang gelaran Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan DMP negeri Perak dan banyak lagi bakti dalam parti ini.

Puan Hajah Rohaya Binti Bakar bukan calang-calang orangnya kerana pendidikan yang beliau adalah daripada Produk PAS sendiri. ILHAM bermaksud Institut Latihan Kepimpinan & Perkaderan Dakwah Islamiyah di bawah kelolaan PAS.

Sebelum itu, beliau telah memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan di Ma’ahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol. Sebut sahaja Al-Ehya Asshariff, pasti ramai yang tahu tentang “tuanya” sekolah ini. Untuk pengetahuan, telah ramai graduan hebat yang lahir dari sekolah ini. Beliau antara mujahidah yang sayogianya kita ambil sebagai rujukan dalam semangat juangnya. 

Dalam kesibukan beliau bersama politik,menyumbang budi kepada masyarakat tidak pernah dilupakan. Puan Rohaya turut terlibat dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Ar-Ridzwaniyah, Teluk Medan juga sebagai Ahli PIBG Ma’ahad Ar-Ridzuan. Jasanya tidak dapat dibalas dengan nilai yang ada di dunia ini.

Beliau mempunyai tekad untuk “Perak Sejahtera, Rakyat Bahagia”. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan kepada nya agar dapat terus menyumbang kepada umat & agama.

Marilah, beri peluang kepada PAS untuk buktikan. 

#yaAllahmenangkanPAS

#undilahPAS

#profesional

#calon

#teknokrat

#PRU14

#GE14

#rakyatmemilih

#surihati

#up