Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Profesional Muslimat Bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak

1088
SHARE

Profesional Muslimat Bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak

Oleh : Nadiah Saari

Peribadi  seorang doktor pergigian yang profesional dan berintegriti dan diperakui dengan sifatnya yang mesra dengan sesiapa sahaja telah membawa Dr Rosni Adam bertanding di kerusi Parlimen P.124, Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kali ini.

Anak jati Kampung Kongo ini sudah sinonim dengan Bandar Tun Razak apabila beliau merupakan penetap di sana dari tahun 1978 lagi. Beliau juga mempunyai sebuah klinik persendirian yang telah beroperasi semenjak tahun 2002 di Bandar Tasik Sri Permaisuri.

Doktor Pergigian ini telah menggenggam segulung  Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada tahun 1994 di Universiti Malaya.  Minat yang mendalam dalam bidang perubatan telah menyebabkan beliau berjaya mendapat kelayakan Ijazah Perubatan & Pengubatan Islam daripada Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (DarusSyifa’).

Beliau bukan sahaja seorang  yang dikagumi sebagai doktor pergigian, tetapi beliau juga turut dikagumi kerana aktif terlibat dalam misi kebajikan dan kemasyarakatan sehingga beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Cinta dan kesungguhan beliau dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan telah membawa beliau menyertai Misi Kemanusiaan ke Syria anjuran PAS Relief bagi membantu komuniti di sana.

Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, beliau telah dilantik menjadi Penasihat Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia dan merupakan Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Wilayah Persekutuan.

Tidak disangkal lagi kepimpinan beliau apabila beliau diamanahkan menjadi Ketua Dewan Muslimat kawasan Bandar Tun Razak dan juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM).

Pada PRU-14 kali ini, Dr Rosni Adam calon anak tempatan yang ditampilkan PAS berentap bagi merebut kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

#yaAllahmenangkanPAS

#undilahPAS

#profesional

#calon

#teknokrat

#PRU14

#GE14

#rakyatmemilih

#surihati

#up