Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Dokumen Malaysia Sejahtera Bukti PAS Bersedia Realisasi Impian Rakyat

1558
SHARE


Dokumen Malaysia Sejahtera Bukti PAS Bersedia Realisasi Impian Rakyat

Oleh: Mohd Fadzil

Dokumen Malaysia Sejahtera adalah satu gambaran dan persediaan untuk meneraju dan membina sebuah Negara yang sejahtera.

Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap semasa pembentangan Dokumen Malaysia Sejahtera semalam di Hotel Everly, Putrajaya.

Beliau menjelaskan terdapat empat teras utama yang diketengahkan melalui dokumen itu.

“Secara ringkasnya Dokumen Malaysia Sejahtera ini merangkumi empat perkara iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau dan Manifesto Malaysia Sejahtera.

“Dokumen ini sebagai satu gambaran dan persediaan untuk meneraju dan membina sebuah Negara yang sejahtera.

“Perkara yang perlu diubah ialah sistem pemerintahan dan pengamalan budaya politik baru,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan menjawb persoalan mengapa PAS tidak bersama dengan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

“PAS berpengalaman menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO pada tahun 1973.

“Bersama menubuhkan BN, membubarkan PERIKATAN pada 1974 – 1978.

“PAS pernah bersedirian dan telah berpengalaman memerintah sendiri negeri yang dikuasainya seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pulau Pinang dengan DAP, dan Selangor melalui kerajaan campuran bersama Pakatan Rakyat,” ulas beliau.

Hal demikian jelasnya telah memaksa PAS mewujudkan gagasan baru iaitu Gagasan Sejahtera dan beliau berharap rakyat membuat perubahan dalam PRU 14 ini.

Majlis yang penuh gilang gemilang itu dihadiri oleh Pengerusi Gagasan Sejahtera merangkap Presiden PAS,
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dan Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Tuan Haji Abdul Kadir Haji Mamat.