Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Adab Berkempen Pilihanraya

2657
SHARE

Adab Berkempen Pilihanraya

oleh Dr Khairuddin Takiri

Bagi PAS, kempen adalah satu dakwah menyeru para pengundi untuk memilih pemimpin yang soleh dan memilih dasar Islam sebagai dasar bernegara dalam PRU ke 14.

Ahli-ahli PAS diseru untuk melakukan perkara-perkara berikut sepanjang kempen:

1. Betulkan niat berkempen kerana Allah untuk mendapat keredhaanNya dan moga diberikan pahala.

2. Berdoa agar orang yang dikempen diberikan hidayah oleh Allah untuk bersama mendokong perjuangan menobatkan Islam sebagai teras bernegara dan menangani permasalahan rakyat dengan Islam.

3. Menjaga akhlak dan peribadi sebagai muslim yang menjaga bahasa pertuturan dan berhemah tanpa cacian dan makian.

Mudah-mudahan dakwah dan kempen kita diterima masyarkat yang menatijahkan kemenangan untuk Islam menerusi PAS pada PRU ke 14.

Sekian