Home Artikel PAS Sarawak

Parlimen Batang Lupar: Muslimat Terus Mara

89 views
SHARE

Muslimat PAS Sarawak terus melangkah di Parlimen Batang Lupar hari ini dan semalam untuk menarik hati pengundi.

Aktiviti Dapur Panas, Jualan Amal serta Kamek Prihatin dengan Kesihatan Anda berjalan lancar di Kampung Hilir Pusa, Kampung Tambak serta di Maludam. Sambutan daripada penduduk sekitar sangat baik.

Rata-rata penduduk kampung yang mengunjungi gerai Jualan Amal dan Perkhidmatan Kesihatan berpuas hati dengan aktiviti yang dibuat. Selain perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah dan kadar gula dalam darah secara percuma, pengunjung yang hadir turut mendapat risalah doa daripada Muslimat PAS Batang Lupar.

Mengikut laporan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2017 Sarawak sehingga Suku Ke-2, pemilih di Parlimen Batang Lupar adalah seramai 29 578 orang pemilih. Peratusan pemilih yang layak mengundi ini hampir seimbang mengikut jantina. Majoriti penduduk di sini adalah kaum Melayu dan selebihnya adalah kaum Cina yang hidup secara harmoni.