Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin : Anak Istimewa, Syurga Buatmu

1196
SHARE

12 April 2018, Puchong : Tanggal 25 Februari 2018, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) telah menerima satu maklumat mengenai kanak-kanak istimewa yang menghidap Celebral Palsy. Selain itu juga, keluarga kanak-kanak tersebut diuji lagi dengan masalah kewangan bagi membiayai perubatan dan rawatan untuk memulihkan anak istimewa mereka tersebut.

Berikutan itu, Pihak LKK DMPM telah pergi menziarahi keluarga anak istimewa tersebut yang hanya dikenali sebagai Adik Abu. Pada mulanya, adik Abu dirawat di Hospital Putrajaya setelah mengalami jangkitan kuman pada kedua-dua belah paru-parunya sehingga menyebakan paru-parunya bernanah. Setelah hampir 3 minggu berada di Hospital Putrajaya, pihak hospital mencadangkan agar adik Abu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Tetapi, adik Abu dikhabarkan meneruskan rawatannya di Hospital Purtajaya sehinggalah dia dibenarkan pulang ke rumahnya di Puchong.

Sementara itu, inisiatif dari pihak LKK DMPM melancarkan tabung sumbangan untuk pembiayaan rawatan adik Abu sedang berjalan. Alhamdulillah, seperti biasa tabung sumbangan mendapat perhatian dari para penyumbang yang prihatin dan dermawan.

Manusia merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang lebih baik. Pada 26 Mac 2018, pada hari Isnin bersamaan dengan 8 Rejab 1439, adik Abu telah dijemput oleh Allah SWT. Berita sedih tersebut sampai kepada pihak LKK DMPM setelah 2 hari pemergiannya.

Namun, semua duit sumbangan dari para penyumbang yang dermawan yang telah terkumpul diserahkan sendiri oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, kepada ibu arwah Adik Abu, Puan Mariati. Ustazah Nuridah bersama dengan rombongan Dewan Muslimat PAS Kawasan Puchong telah menziarahi keluarga arwah adik Abu pada 8 April 2018 di Taman Putra Perdana, Puchong.

Al-Fatihah buat adik Abu, anak istimewa, anak syurga. Semoga ibu dan ayahnya diberikan Allah kekuatan dan ketabahan, dan tidak lupa juga kepada semua penyumbang yang telah menyumbang untuk rawatan arwah adik Abu, semoga ianya menjadi saham terbesar buat kalian di akhirat kelak. Allahumma aameen.

#KamiPrihatin
#MuslimatMemacuKemenangan
#SejahteraBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera