Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Sokongan Kaum India Terhadap PAS Terus Meningkat

7085
SHARE

SOKONGAN KAUM INDIA TERHADAP PAS TERUS MENINGKAT

Oleh: Nazmi Salleh

Angin perubahan luar biasa dari kaum India, khususnya masyarakat Tamil di negara ini terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semakin berada di tahap maksimum. Demikian menurut Daviden Kananth salah seorang penduduk di Salak Tinggi, Sepang yang tidak menyangka sebahagian besar masyarakat India sekarang ini yakin PAS mampu membela nasib kaum India di negara ini.

Menurutnya lagi, keluarga dan rakan-rakan amat menyokong dan bersetuju beliau menarik hati masyarakat India menjadi ahli PAS dan sehingga kini Kananth telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 400 orang masyarakat India di Sepang menjadi ahli PAS serta beliau sendiri telah berjaya membuka bilik gerakan PAS di Salak Tinggi, Sepang bagi membantu jentera PAS kawasan Sepang menghadapi PRU14 kali ini.

Ujarnya lagi, masyarakat India sekarang memilih PAS kerana mereka yakin matlamat perjuangan PAS, tidak lari dari nilai agama serta moral dan mereka telah lihat bukti segala amanah yang dimandatkan oleh rakyat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, jujur dan tidak memilih kaum.

Kananth juga melahirkan harapan agar masyarakat India terus menyokong dan menerima perjuangan PAS, kerana hanya PAS sahaja parti yang bersih daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Buktinya telah jelas sebagaimana pemerintahan yang ditunjukkan di Kelantan yang bebas dari rasuah sepanjang pentadbiran hinga kini, merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh SPRM, hanya PAS bebas dari siasatan kes rasuah.