Iskandar Puteri : Pada 16 April , PAS Kawasan Iskandar Puteri terus memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai pembawakan PAS melalui edaran risalah dan sisipan harakah khususnya di DUN Kota Iskandar.
Turut hadir Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Kota Iskandar (dahulunya Nusajaya), Ustaz Sallehuddin Dahiran bersama dengan team Ameerah Iskandar Puteri.
Edaran risalah dan sisipan harakah ini adalah bertujuan memberi penerangan mengenai manifesto PAS dan pembawakan PAS untuk PRU ke -14 kali ini.
Menurutnya lagi, PAS kali ini serius dan bersedia untuk memerintah Malaysia jika mendapat keizinan Allah SWT dan menyeru anak muda untuk bersama-sama PAS membuat perubahan.