TITIWANGSA, 15 April 2018: PRU14 menyaksikan PAS akan bertanding lebih 130 Parlimen di seluruh Malaysia bersama Gagasan Sejahtera. Jentera PAS sudah dilancarkan di semua peringkat dan sudah pun bergerak seawal dua tahun lepas.
Seluruh ahli PAS tidak melepaskan peluang ini untuk beramal dan berlumba-lumba untuk melakukan gerak kerja mengikut kemampuan masing-masing sempena jihad pilihanraya ini. Buktinya, markaz dan bilik gerakan sudah dipenuhi dengan petugas dari awal pagi sehingga lewat malam dengan gerak kerja dan munajat.
Satu situasi yang amat menarik untuk diambil ibrah dan muhasabah oleh semua ahli PAS berlaku di Markaz PAS Titiwangsa hari ini apabila petugas dikejutkan dengan kehadiran Saudara Rahmat Dolah seorang OKU untuk datang membantu menyediakan bahan kempen. Dia yang hadir dengan hanya berkerusi roda telah disantuni oleh petugas lain yang berada di sana.
Semoga ini menjadi pembakar semangat buat seluruh jentera PAS bagi memenangkan Islam di Malaysia dan dapat menjadi ikutan ahli PAS yang lain.