Home Artikel PAS Wilayah

India Muslim Suka PAS

267 views
SHARE

BATU, 16 April – Kehadiran bakal calon PAS , Ustaz Azhar Yahya yang juga selaku YDP PAS Kawasan Batu dan jentera PAS ke Restoran Husin Sup, Setapak hari ini disambut baik oleh para pengunjung.

Kunjungan ke restoran tersebut berbentuk santai tapi penuh pengisian.

Ustaz Azhar turut memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan pembeli yang hadir untuk bersarapan di restoran tersebut.

Antara yang menarik, kaum India Muslim turut menyatakan minat terhadap perjuangan PAS. Hal ini membuktikan, PAS tidak memperjuangkan bangsa bahkan Islam itu sendiri tidaklah terhad kepada kaum tertentu dan Islam itu sendiri bersifat syumul.

Sebelum meninggalkan restoran tersebut, beliau menyeru agar para pengundi dapat memberikan sokongan kepada PAS pada PRU14 yang akan datang