=====================
PAS BAKAL HANTAR CALON TERAMAI DALAM SEJARAHNYA
=====================
Menuju Pilihanraya Umum Ke-14, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menghantar calon yang lebih ramai berbanding pilihanraya-pilihanraya umum yang sudah berlalu.
Tidak terkecuali di Negeri Sembilan, sejarah ini menjadi peristiwa penting dan bermakna buat kita semua.
Jika Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu PAS hanya menghantar 12 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen, untuk Pilihanraya kali ini, jumlahnya melebihi sekali ganda daripada itu.
Menjadi hasrat dan cita-cita kita semua rakyat Negeri Sembilan untuk menjadikan Negeri Sembilan lebih sejahtera. Ayuh kita realisasikan bersama.