Home Kenyataan Media PAS Selangor

Pembukaan Markaz Induk Pemuda Di Seluruh Parlimen Di Negeri Selangor

667 views
SHARE

1. Pengumuman perbubaran Parlimen baru sahaja dilakukan oleh Perdana Menteri secara langsung di siaran RTM jam 12.15 sebentar tadi. Parlimen penggal ke 13 akan di bubarkan pada esok 7 April 2018. Ini bermakna medan “jihad pilihanraya” ketika ini berada di hadapan mata kita semua.

2. Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Selangor mengarahkan kepada semua jentera pemuda membuka “MARKAZ INDUK PEMUDA” di setiap Parlimen di dalam Negeri Selangor yang ditandingi PAS bagi pilihanraya ke 14 pada kali ini. “MIP” ini menjadi “base” bagi jentera pemuda dan sukerelawan muda yang hadir untuk membantu gerak kerja serta persiapan dan menerima arahan dari semasa ke semasa.

3. Penyelarasan sumber tenaga anak muda yang diyakini akan melimpah ini dapat disalurkan dengan baik kepada Jentera Pilihanraya peringkat Parlimen dan DUN. Disamping jentera pemuda menerima arahan dan tugasan dari kepimpinan pemuda sekaligus mengembeling seluruh tenaga yang ada untuk melaksanakan tugas yang diberikan.

4. Saya menyeru dan mengajak seluruh anak muda Selangor agar bersama jentera Pemuda PAS. Kita bukan hanya tunggu hari mengundi tetapi menjadi salah seorang petugas dan sukarelawan. Ayuh sama-sama merasai nikmat berjuang dalam saff perjuangan Islam.

5. Mudah-mudahan dengan bukanya “MIP” di setiap Parlimen ini, mampu menghimpunkan kita dan melancarkan lagi gerak kerja jentera pemuda dan Allah SWT menganugerahkan kemenangan buat Parti Islam Se-Malaysia PAS pada kali ini.

سيروا على بركة الله..الله اكبر..الله اكبر..الله اكبر!!

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

19 Rejab 1439H | 6 April 2018