SELANGOR : Seramai lebih 40 orang penggerak kebajikan daripada seluruh Malaysia berkumpul selama 2 hari bagi membincangkan gerak kerja khusus untuk menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 yang bakal tiba tidak lama lagi. Program Retreat Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat yang berlangsung di Nur Laman Bestari mendapat reaksi positif daripada peserta yang hadir. Masing-masing mereka mewakili Dewan-dewan peringkat pusat dan negeri.
Dengan membawa 1 misi yang sama, seluruh peserta telah bersepakat untuk menggalas 6 resolusi seperti berikut;
1. Merakyatkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera
2. Memperkasakan unit-unit yang sedia ada dalam LKKPP
3. Memperkasa komunikasi di setiap peringkat lajnah
4. Mewujudkan pangkalan data mengikut negeri
5. Membangunkan tokoh atau qudwah kebajikan di setiap peringkat
6. Memfokuskan gerak kerja kebajikan sebagai ibadah bukan hanya untuk pilihan raya
7. Mengambil langkah pro-aktif bagi menangani isu-isu rakyat
Perbincangan serius dan idea yang mencapah daripada peserta sedikit sebanyak membantu persiapan lajnah kebajikan untuk menjadi front-liner dalam menangani isu-isu kebajikan dan seterusnya menaikkan nama PAS sebagai sebuah parti yang tidak hanya bijak berpolitik malah juga mampu untuk menjadi “King-Maker” dalam sesebuah kerajaan.