Home Berita PAS Perak

PAS Komited Santuni Pengunjung Pasar Tani

772
SHARE

PAS Komited Santuni Pengunjung Pasar Tani


BAGAN SERAI: Tugas menyampaikan risalah tidak hanya melalui masjid dan surau serta ceramah semata-mata bahkan segala pendekatan boleh digunakan demi memberikan mesej Islam kepada masyarakat setempat.

Berpaksikan dasar tersebut, PAS Kawasan Bagan Serai terus komited menyantuni pengunjung Pasar Tani dengan mengedarkan kurma dan taqwim berbuka puasa , 19 Mei lalu.

Edaran tersebut juga dilaksanakan Perkambungan Tariqat Naqsyabandiah, Sungai Semambu yang disertai oleh pimpinan PAS Negeri Perak dan PAS Kawasan Bagan Serai.

Antara kepimpinan yang mengambil peluang menjayakan edaran itu, Pesuruhjaya PAS Perak; Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, YDP PAS Kawasan Bagan Serai; YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan, Adun Selinsing; YB Husin Din, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai; Rohaya Bakar serta beberapa pimpinan PAS kawasan.

Sekitar 200 kotak kurma dan takwim berjaya diedarkan kepada masyarakat setempat di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

{jathumbnail off}