Home Artikel PAS Perak

Gema Zikir & Munajat : Hiburan Bersandarkan Islam

321 views
SHARE

Gema Muzik : Hiburan Bersandarkan Islam


SERI ISKANDAR- Program Gema Zikir dan Munajat yang berlangsung di Masjid Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk setempat dengan penyertaan seramai 170 orang.

Program yang anjuran Jabatan SRITI KawasanParit itu bermula pada 20 Mei hingga 21 Mei dengan pelbagai pengisian bermanfaat bahkan menampilkan bentuk hiburan positif serta membawa wajah Islam sebenar.

Program itu melibatkan kerjasama SRITI bersama Rakan Masjid UTP, mensasarkan pelajar sekolah rendah.

Antara tujuan utama ialah memberikan pendedahan dan menjinakkan para pelajar dengan aktiviti zikir dan qiamullail.

Pengarah SRITI Parit, Ustaz Farid Hamlud berkata program itu berjaya mencapai sasaran penyertaan yang di harapkan dan berharap agar ia menjadi pemangkin semangat untuk anak-anak beramal soleh dan berbakti kepada ibu bapa.

{jathumbnail off}