Home Berita PAS Perak

Sidang Dun Perak l PAS Gesa Kajian Enakmen Syariah Yang Bercanggah

1729
SHARE

PAS Gesa Kajian Enakmen Syariah Yang Bercanggah
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

IPOH: Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussain menggesa kerajaan Perak supaya memperkasakan syariat dengan berusaha untuk mengkaji, meminda dan melaksanakan mana-mana enakmen atau peraturan yang bercanggah dengan syariah.

Percanggahan dengan hukum Allah SWT khususnya hukum-hukum berkaitan jenayah syariah seperti kesalahan minum arak berzina dan lain-lain .

Beliau berpandangan ia amat penting kerana Perak adalah sebuah negeri yang berpotensi untuk mendahului negeri lain di pantai barat selain Kelantan dan Terengganu dalam perlaksanaan enakmen syariah yang sempurna.

Gesaan itu disuarakan dalam sesi perbahasan bajet Perak 2018 untuk perhatian pihak kerajaan terutama Jabatan Agama Islam Perak, 24 November lalu, di sini.

“Perak memiliki seorang mufti yang paling berwibawa dan tegas menangani sebarang isu berkaitan agama,” saranan beliau.

Sementara itu kerajaan Perak dalam jawapan sesi pergulungan di Sidang Dun Perak melalui Exco Agama, Dato Mohd Nizar Zakaria berjanji untuk mengambil perhatian dan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan.

Pihaknya juga akan mengambil masa untuk mengkaji dan meminda seksyen 23 enakmen jenayah syariah negeri Perak berkaitan tidak menunaikan solat Jumaat.

“Enakmen ini sudah tidak praktikal dan releven dengan situasi terkini kerana pindaannya akan disabit kesalahan kepada mana-mana umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja.

“Ketetapan enakmen yang sedia ada memperuntukkan hukuman apabila meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja sebanyak tiga kali berturut-turut,” jelasnya.