Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pertemuan Mahabbah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia

554
SHARE

PERTEMUAN MAHABBAH DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM) DAN DEWAN DA’WAH ISLAMIYAH INDONESIA


Alhamdulillah. Semalam Khamis, 13 April 2017 bersamaan 16 Rejab 1438H, pada sebelah petang Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengadakan pertemuan dengan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia di Kantor Dewan Da’wah di Jalan Kramat Raya, Jakarta.

Pada sebelah pagi, DPPM telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan mahabbah bertemu Bidang Kepemudaan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia di Gedung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Parlemen Republik Indonesia.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengetuai rombongan DPPM, manakala Drs. Mohammad Siddiq, Ketua Umum Dewan Da’wah menerima delegasi bersama pimpinannya.

Pelbagai perbincangan diadakan khususnya berkaitan dakwah di Malaysia dan Indonesia. Menariknya Dewan Da’wah ini adalah kesinambungan kepada Partai Masyumi yang merupakan nadi utama siasah Islam di Indonesia pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Selain melahirkan pendakwah dan membuat latihan dakwah, Dewan Da’wah juga mempunyai rangkaian sistem persekolahan termasuk universiti-universiti, membina sekitar 750 Masjid/ Musolla/ Pusat Islam dan membangun rumah-rumah sakit (hospital-hospital) di seluruh Indonesia .

Antara pendiri dan tokoh utama Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia yang ditubuhkan pada 26 Februari 1967 ialah Pak Mohammad Natsir. Beliau menjadi Ketua Umum Dewan Da’wah dari 1967 sehingga beliau wafat pada tahun 1993.

Rombongan DPPM turut disertai Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua), Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki (Bendahari) dan Exco-Exco: Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ustaz Mohd Hafez Sabri, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, Ustaz Mohammad Ibrahim @ Ustaz Mad China (UMC) dan Dr. Khairul Azlan Mazlan serta Setiausaha Lajnah Antarabangsa DPPM Sdr Muhd Khidhir.

Manakala turut hadir di pihak Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia ialah Drs. Zahira Khan (Ketua Forum Solidaritas Dunia Islam), Pak Ade Salamun (Direktur Lembaga Amil Zakat, Infaq dan Sumbangan (LAZIS)), Pak Dadi Nurzaman (Ketua Bidang Kaderisasi Forum Pemuda), Dr. Ibrahim Khalil (International Institute of Islamic Thought) dan aktivis-aktivis Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia.

Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan! 

 

{jathumbnail off}