BENUT – Pusat Aduan Rakyat Dun Benut sekali lagi telah meluangkan masa membantu sebuah rumah yang mengalami kerosakan baru-baru ini.
Justeru itu, pada 15 November lalu, pihak PAR Dun Benut telah mengumpulkan beberapa orang sukarelawan untuk membantu keluarga yang telah dikenalpasti. Selain itu, kerja-kerja membaikpulih turut disertai oleh Jabatan Amal Kawasan Pontian, pihak Ketua Kampung Parit Yasin serta penduduk sekitar Parit Markom.
Gotong-royong yang bermula jam 9.00 pagi itu memfokuskan kepada kerja-kerja pemasangan bumbung baru dan pembersihan di sekitar rumah berkenaan. Disamping itu, pihak PAR turut mengambil kesempatan ini untuk menziarahi tuan rumah tersebut.