MIRI – 23 April 2017. Alam Ria PASTI Kawasan Miri telah dianjurkan dengan jayanya di Kampung Sukan Petronas dengan penyertaan daripada 140 orang murid dari seluruh PASTI di Miri.
Majlis ini telah dirasmikan oleh oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, En Mohamad Arifiriazul bin Paijo dan turut dihadiri oleh Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri,Tn Haji Jofri Jaraiee dan AJK PAS Pusat, Encik Muhtar bin Suhaili.
Acara tahunan yang mempertandingkan acara pidato, sajak, bercerita, nasyid, kalam jamaie, khutbah serta azan telah membuka ruang kepada pelajar berusia 4 hingga 6 tahun menonjolkan bakat masing-masing di hadapan lebih 300 ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Johan setiap acara yang dipertandingkan akan mewakili PASTI kawasan Miri ke peringkat negeri yang bakal berlangsung di Mukah bulan hadapan.
Sejarah PASTI Miri bermula 10 tahun yang lalu dengan penubuhan PASTI yang pertama di Hilltop Garden, dan kini PASTI Miri telah mempunyai 6 cawangan di seluruh Miri iaitu PASTI Al-Munawwarah (Siang-Siang Garden), PASTI Ar-Rahman (Taman Tunku), PASTI Al-Irshad (Piasau), PASTI Al-‘Amalulillah (Pujut), PASTI Al-Fateh (Permyjaya) dan yang terkini PASTI Ar-Rayyan (Senadin).
Dengan Visi melahirkan insan soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan pra-sekolah sebagai elemen terpenting, PASTI Miri berhasrat melahirkan modal insan kelas pertama yang cintakan Allah, Rasul serta Al-Quran.
Bagi info kemasukan ke PASTI kawasan Miri, para ibubapa boleh menghubungi melalui capaian Page Facebook (PASTI Kawasan Miri).
Fatmawati Sudin
AJK PAS Miri
———————————————————————————————————————————————————-
English version
PASTI Ar-Rahman Champion of Alam Ria PASTI Miri 2017
MIRI – 23 April 2017. Alam Ria PASTI (pre-school) Miri was successfully organized at Kampung Sukan Petronas with the participation of 140 students from all PASTI in Miri.
The ceremony was officiated by the Sarawak PAS Youth chief, Mr. Mohamad bin Paijo Arifiriazul and was attended by the PAS Miri Chief, Haji Jofri Jaraiee and PAS central committee member, Mr Muhtar bin Suhaili.
The annual event, which featured an event of oration, poetry, storytelling, nasyid, kalam Jamaie (Choral Speaking), sermons and prayer have opened a space for students aged 4 to 6 years highlighting their talents in front of more than 300 parents and guardian were present.
Champion of each event contested will represent Miri PASTI to the state level that will take place next month in Mukah.
History of Miri PASTI began 10 years ago with the establishment of first PASTI in Hilltop Garden, and now Miri PASTI has 6 branches throughout Miri namely PASTI Al-Munawwarah (Siang-Siang Garden), PASTI Ar-Rahman (Taman Tunku), PASTI Al-Irshad (Piasau), PASTI Al-‘Amalulillah (Pujut), PASTI Al-Fateh (Permyjaya) and the latest PASTI Ar-Rayyan (Senadin).
With a vision to produce smart human righteousness in Malaysia through pre-school education as the most important element, Miri PASTI intends to produce first class human capital that love God, the Prophet and the Qur’an.
For admission info to Miri PASTI, the parent can contact by accessing the Facebook Page (Miri PASTI).
Yours faithfully
Fatmawati Sudin
Committee member of Miri PAS
{jathumbnail off}