Home Artikel PAS Sarawak

JANGAN KORBANKAN AGAMA, UTAMAKAN BUDAYA.

332 views
SHARE

Tindakan mana-mana parti politik diterajui orang Islam di negara ini yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai paksi perjuangan harus diselar dan ditinggalkan.
Dalam masalah pertembungan isu budaya dengan agama (Islam), parti politik yang memilih budaya yang perlu diutamakan dengan mengorbankan agama adalah seperti seorang yang memakai seluar yang singkat (sepatutnya lebih labuh atau panjang). Yang mana perlu dibuat, samada nak memotong kaki atau menyambung seluar itu.

Maka, di sinilah kesilapan besar parti politik tersebut yang lebih rela memotong kaki atau lebih tepatnya mengorbankan agama kerana agama diciptakan oleh Allah SWT dahulu berbanding budaya yang bersifat baharu.
Hal tersebut sepatutnya tidak boleh dimaafkan kerana lebih mementingkan aspek keduniaan berbanding perkara yang lebih kekal iaitu Islam sebagai pegangan hidup.

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini akan melalui proses pembalasan di akhirat kelak. Allah SWT mengulangi tentang pembalasan pada hari akhirat kelak dalam surah al-Fatihah yang dibaca dalam solat pada setiap hari dengan menyebut mengenai kalimah hari kiamat iaitu Yaumiddin dan bukan Yaumiljaza’ (hari pembalasan).
Hal ini adalah disebabkan Yaumiddin merujuk kepada suatu tafsiran supaya manusia faham bahawa Allah SWT akan membalas setiap manusia mengikut agama dan bukan mengikut undang-undang ciptaan manusia.

Setiap perkara, walau di mana dan apa jua yang berlaku perlu mengikut syariat yang telah ditetapkan Allah SWT.
Perkara-perkara ini merupakan intipati penting untuk difahami oleh setiap petugas penerangan di semua peringkat parti politik agar isu-isu semasa yang dibangkitkan jelas dan difahami oleh masyarakat.

Adalah menjadi kewajipan kepada setiap petugas Islam untuk menerangkan kepada masyarakat samada melalui perbuatan mahupun perkataan sebagai menyambung tugas para rasul sebelum ini.
Jika sekiranya masyarakat tetap tidak mahu menerima penjelasan, maka adalah tidak menjadi kesalahan lagi kerana atas sifat mereka yang degil, jahat dan seumpamanya.
Tugas seperti mengadakan usrah, ceramah, tazkirah, pengajian dan sebagainya adalah menjadi suatu kewajipan.

 

Cikgu Shokri Hj.Fauzi.
25 April 2017.